7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang | Petua dan Tips Seharian Anda

7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang

cara cegah penyakit batu karang

Petua dan Tips : 7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang

Proses berlakunya penyakit batu karang mengambil masa yang lama. Saiz batu karang juga berbeza-beza dari sekecil sebutir pasir sehinggalah sebesar bola golf. Oleh itu, pesakit hanya dapat mengesan apabila sudah zahir tanda-tanda penyakit

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berlakunya penyakit batu karang atau mengurangkan risiko penyakit.

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.

2. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

3. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

4. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

5. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

6. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

7. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Selamat beramal..

Petua dan Tips : 7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "7 Cara Mencegah Penyakit Batu Karang"

Post a Comment