9 Petua Menghilangkan Panau Secara Semulajadi | Petua dan Tips Seharian Anda

9 Petua Menghilangkan Panau Secara Semulajadi

hilangkan panau

Petua dan Tips : 9 Petua Menghilangkan Panau Secara Semulajadi

Panau yang terjadi di tempat terdedah seperti muka atau lengan boleh menyebabkan seseorang itu merendah diri atau kurang yakin di tempat awam. Bagi yang berdepan dengan masalah ini, usah susah hati. Di sini kami memberi petua tradisional yang dikatakan efektif dan dapat membantu anda menghilangkan panau. Semoga tip ini dapat membantu anda tampil lebih menawan.

Petua 1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihat apa hasinya dalam beberapa hari.

Petua 2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

Petua 3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Atau, tumbuk beberapa helai daun lengkuas,ambik airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali, untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Petua 4. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Petua 5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudia tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Petua 6. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Petua 7. Ambik air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulangkali sehingga berhasil.

Petua 8. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

Petua 9. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Selamat beramal..

Petua dan Tips : 9 Petua Menghilangkan Panau Secara Semulajadi

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

10 Responses to "9 Petua Menghilangkan Panau Secara Semulajadi"