Resepi Air Kurus Viral Terbaek - Petua Kurus | Petua dan Tips Seharian Anda

Resepi Air Kurus Viral Terbaek - Petua Kurus

Resepi Air Kurus Viral Terbaek

Petua & Tips : Resepi Air Kurus Viral


Petua oleh : Aisyah Badar Bajrai

Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak kakak kat luar sana. Bila restock jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Aisyah nak pelok pelok selfie ngan KMC ni.

Camano laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg
.
Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri kat dapur. Guna bebahan dapur jek. Tak de bahan pepelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kann.

Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun skilo

====================================
AIR KURUS VIRAL

1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.

Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Jom tengok gambar:



Ni la watak watak utama air kurus viral. Kayu manis ceylon tu patahkan 2 tau. Jadi rasa dengan khasiat dia lagi cepat keluar masa rebus.



Rebus kayu manis casadiab, halia, serai, dan cengkih dengan 1 liter air.



Rebus sampai mendidih tau, agak agak 15-20 minit gitu. Pastu tutup api.



Amik 1/2 gelas air kurus viral



Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 air panas. Tapi masa ni Aisyah letak air masak biasa, sebab air kurus viral baru masak.



Oraitt, pastu perahkan dengan lemon. Satu hiris jek cukup. Jangan korang belasah pakai limau kasturi pulak, khasiat dia tak sama.



Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu. Pastikan pakai sudu plastik tau. Kalau pakai sudu besi nanti khasiat dia terjejas.



Tadaaa, kacau rata rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan KURUS. Minum 30 minit sebelum makan.



Balance air rebusan tu korang masukkan dalam bekas air bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Nanti bila nak minum korang repeat jek step kat atas tu.

====================================

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

KMC
- boost metabolisme badan
- kurangkan kolestrol
- Kurangkan selera makan
- lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
- lancarkan period dan servis dalaman

Serai
- bantu penghadaman
- buang toksin dalam badan
- kurangkan bau badan
- cantikkan kulit
- kurangkan stress
- cairkan lelemak degil
- anti kanser
- kurangkan kencing manis
- kurangkan jerawat kat muka

Halia
- buang angin dan toksin dalam badan
- pecahkan lemak
- hilangkan bau badan
- lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon
- cuci kerak kerak lama dalam usus
- bakar lemak degil
- ada vit c, bagus untuk kulit
- anti kanser
- mengempiskan perut

Cengkih
- boleh mencegah stroke, cegah darah beku
- lancarkan pencernaan
- cantikkan kulit
- wangikan badan

Madu
- melancarkan darah
- tambahkan tenaga
- antioxidant
- mencegah kanser
- pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.
Korang dah kurus belum?



About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Resepi Air Kurus Viral Terbaek - Petua Kurus"

Post a Comment