2 Petua Kecutkan Jerawat - Cepat & Berkesan | Petua dan Tips Seharian Anda

2 Petua Kecutkan Jerawat - Cepat & Berkesan

2 Petua Kecutkan Jerawat - Cepat & Berkesan

2 PETUA KECUTKAN JERAWAT - CEPAT & BERKESAN

Sumber : 

Setuju atau tidak, jerawat adalah antara musuh utama bagi seorang wanita? Mungkin jika ada sebiji dua, ianya boleh diterima tanpa mengganggu emosi. Namun cuba bayangkan jika  jerawat yang berwarna merah tersebut ‘bermaharajalela’ di pipi, ditambah pula dengan rasa sakit jika tersentuhnya, memanglah boleh buat hati rasa geram dan mahu cari ubat untuk merawatnya. Paling tidak berharap agar jerawat tersebut cepat kecut dan terus hilang!

Namun sekadar berharap sahaja tanpa usaha, mana boleh! Oleh itu, apa kata usahakan dengan cara alami mengikut petua hilangkankan jerawat orang dulu-dulu. Dua wanita cantik ini juga telah mengamalkannya. Boleh dicuba, yang mana satu serasi dalam merawat kulit wajah anda. Selamat Mencuba!

Admin kongsikan petua kecutkan jerawat dengan pantas daripada dua orang wanita cantik yang memiliki kulit wajah yang benar-benar licin dan mulus. Jom kita tengok petua mereka

Sumber Petua Pertama : Acha Syasyaa



“Petua Traditional kecutkan jerawat yang saya kongsikan ini mesti kena rajin dan konsisten tau. Jangan seminggu je beria buat, pastu 3, 4 bulan baru repeat semula. Memang nan hado lah hasilnya. Jangan ya jangan. Saya bagi cara yang paling simple, tak payah susah payah nak sediakan.”


Bahan-bahan:

1 sudu madu

1 sudu yogurt (make sure natural)

1 sudu serbuk kunyit


Cara Penyediaan:

1.  Gaul hingga sebati dan kemudian tepek pada muka.

Tunggu kering dan bilas 
(masa letak tu akan rasa pedih sedikit. Itu normal tau sebab nak kecutkan jerawat tersebut)




Sumber Petua Kedua : Dhilesa dan fb najaha nasarath


“DIY home spa ” ais cube untuk kecutkan jerawat & mencerahkan kulit ” yang saya amalkan ini mudah saja. Bahan yang digunakan iaitu :


Bahan-bahan:

1. Tomato

2. Susu @ Youghurt

3. Asam Jawa.”


Cara Penyediaan:

Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus.

Kemudian masukkan ke dalam peti buat macam ais cube supaya bila dah beku senang nak apply dekat muka.

Biarkan kering dan kemudian bilas wajah dengan air bersih.

*Buat hari- hari. Waktu lepas balik kerja atau nak tidur malam. Memang best.. sejuk dan fresh.

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "2 Petua Kecutkan Jerawat - Cepat & Berkesan"

Post a Comment