Petua Dapat Anak Cara Islam - Ustaz Sharhan Shafie | Petua dan Tips Seharian Anda

Petua Dapat Anak Cara Islam - Ustaz Sharhan Shafie

PETUA DAPAT ANAK CARA ISLAM - USTAZ SHARHAN SHAFIE


PETUA DAPAT ANAK CARA ISLAM - USTAZ SHARHAN SHAFIE

Sumber : Ustaz Sharhan Shafie - Youtube

Sebelum ini admin ada kongsikan petua mujarab bagi mendapatkan cahaya mata daripada Ustaz Hanfiah. Boleh ikuti posting tersebut di sini. Kali ini admin kongsikan petua atau cara mendapatkan anak atau zuriat daripada pengamal perubatan Islam yang popular di TV9 iaitu Ustaz Sharhan Shafie. Beliau ada berkongsi cara mendapatkan anak ketika ada penonton bertanyakan soalan kepada beliau melalui email. Boleh dengar melalui video yang admin sediakan di bawah.

Petua Dapat Anak Cara Islam - Ustaz Sharhan Shafie

Admin tuliskan petikan ustaz dalam video tersebut:

Untuk mendapatkan anak kita kena ikhtiar, tapi bila dah ikhtiar tak dapat juga anak. Kita kena ingat ini adalah ujian daripada Allah. Kita tetap kena ikhtiar pergi check hospital, perubatan moden, check apa yang berlaku. Buatlah kaedah-kaedah terkini jika tak berjaya juga..

Datanglah kepada perubatan Islam, InsyaAllah. Untuk yang tidak dapat anak, saya nak terangkan, MADU adalah satu makluk yang begitu hebat. Gunakan madu asli.


Caranya:

Gunakan MADU asli bersama telur ayam kampung

Telur ayam kampung 14 biji seorang, suami 14 biji, isteri 14 biji,

Buat separuh masak (1 biji sahaja), campurkan satu sudu madu asli ke dalam gelas yang ada telur separuh masak tersebut.

Sehari satu biji makan selang satu hari (so akan jadi 24 hari):

Sebelum rebus telur sebelum makan telur dicampur madu tersebut, baca ayat ini:

Surah Surat An-Nahl Ayat 69

Surah Ah-Tin

dan diakhiri dengan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ini adalah salah satu jalan ikhtiar. InsyaAllah… berdoalah pada Allah.


Ikuti video ustaz ini di bawah.


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Petua Dapat Anak Cara Islam - Ustaz Sharhan Shafie"

Post a Comment