Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

TRANSLATE

Bookmark

Petua Hapuskan Rumput Liar di Halaman Rumah - Mudah & Berkesan

Petua Hapuskan Rumput Liar di Halaman Rumah - Mudah & Berkesan

PETUA HAPUSKAN RUMPUT LIAR DI HALAMAN RUMAH - MUDAH & BERKESAN

Sumber : Abang Terlajak Laris


Pastinya rumput liar di halaman rumah akan menjejaskan pemandangan rumah kita yang cantik. Ikuti petua untuk menghapuskan rumput liar di halaman rumah dengan 2 bahan ini sahaja.

Rumput liar, siapa yang boleh tahan jika ia 'menghiasi' kawasan halaman rumah? Tips ini telah dikongsikan oleh seorang netizen, Lucius Maximus menerusi laman Facebook.


Bahan-bahan:

1. Cuka masakan

2. Sabun pencuci pinggan

3. Alat penyembur


Cara-caranya:

1. Tuang cuka masakan sebotol ke dalam alat penyembur.

2. Masukkan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci ke dalam alat penyembur.

3. Semburlah pada bahagian rumput liar yang anda ingin hapuskan sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik yang sangat tidak 'ngam' dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Sabun pencuci pinggan bertindak sebagai ejen pelekit agar cuka tadi melekit elok pada tumbuhan.

Selamat mencuba!


Post a Comment

Post a Comment