Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak | Petua dan Tips Seharian Anda

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak

PETUA HILANGKAN BATUK BERKAHAK DAN GATAL TEKAK 

Sumber : Ustazah Wan Habsah

Apabila batuk berpanjangan pastinya menganggu ketenteraman dan pergerakan semasa. Batuk yang keterlaluan akan menyebabkan kegatalan pada tekak menjadikan kita tidak selesa sama ada ingin makan dan juga tidur.

Kadangkala pada mulanya hanya batuk biasa, berkahak, gatal tekak dan akhirnya boleh juga batuk kering yang akan membahayakan kesihatan kita terutamanya dari segi pernafasan.

Berbagai cara serta petua hilangkan batuk dan sakit tekak. Namun, cara menghilangkan batuk paling mujarab adalah petua orang-orang tua dahulu dengan menggunakan bawang putih yang dibakar api.

Petua hilangkan batuk yang diajar oleh orang tua ini sangat mudah dilakukan serta bahannya juga amat mudah didapati di rumah.

Cara-caranya:

1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulitnya

2. Bakar bawang putih tersebut di atas kuali atau di atas api perlahan bersama kulitnya selama 20 hingga ke 30 minit. Pastikan jangan sampai rentung dan hangit.

3. Makan bawang putih yang dibakar tadi 4 atau 5 ulas. Gigit dan telan begitu saja. Bawang putih yang dibakar sangat sedap dan lembut.

Pastinya selepas dimakan bawang berkenaan batuk anda tentunya akan berkurangan. Insha Allah, batuk akan berhenti dengan serta merta. Dikatakan lendiran kahak juga akan berkurangan dan kering setelah anda memakannya.

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

1 Response to "Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak "

  1. Minum air halia dengan kandungan yang padat juga boleh jadi rawatan sakit batuk dengan berkesan.

    ReplyDelete