Petua Hilang Resdung (Derita Bau Kurang Menyenangkan Dalam Hidung) | Petua dan Tips Seharian Anda

Petua Hilang Resdung (Derita Bau Kurang Menyenangkan Dalam Hidung)

Petua Hilang Resdung (Derita Bau Kurang Menyenangkan Dalam Hidung) | Umum tahu bahawa derita mempunyai masalah resdung yang teruk akan menyebabkan beberapa perkara terjadi kepada penghidapnya seperti bersin yang teruk di pagi hari, muka kemerahan seperti udang dibakar, bau kurang menyenangkan di dalam hidung sendiri dan banyak lagi.



Seperti yang dilalui dan diceritakan di laman muka buku oleh saudari yang bernama suzyhoney. Ikuti cerita dan petua beliau mengurangkan derita resdung yang dihidapinya.

Nampak jijik kan bila dengar? Tapi itulah yang akak alami.. Bau busuk dalam hidung macam bau tahi hidup tu.. tak boleh nak cerita tau.. sampai mula-mula akak marah laki akak.. bau tahi apa dalam rumah ni? Dia duk terkebil-kebil kepelikan tengok prgai bini-bini ku gangster ni.. lama-lama baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung sendiri

Resdung akak teruk ke tak?? Tak usah cerita la babe.. bangun tidur macam nak pecah kerongkong duk bersin. Hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental-sental mesti syok. Nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dengan seorang doktor & dia pun merupakan pakar herba. Ambil peluang la bertanya pada beliau, tak tahan dah hidung ni gatal macam apa dah. Sampai sakit kepala akak

Doktor tu sendiri cakap, kalau pergi hospital mereka hanya akan bagi antibiotics untuk matikan kuman sahaja. Tapi yelah kan, sampai bila nak makan ubat hospital kan?? Doktor tu pun ajar akak..

Amik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu, sedut guna lubang hidung korang tu.. fuhhh mencabarr.. sebab kayu manis ni boleh bertindak sebagai antiseptic semulajadi yang boleh membunuh kuman.. si manis ni boleh mengeringkan lendir & bengkak resdung kita ni.. memang pedih tapi serious akak cakap lega sangat hidung.. rasa kosong.. nak bernafas pon senang.. dah 4 hari akak amal buat ni.. percaya x?? Bangun tidur dah tak bersin. Hidung ni rasa bersih & tak gatal dah. Impress giler dengan kayu manis ni.

Kalau yang muka ada parut korang cuba parut kulit kayu manis ni. Sapu dekat muka.. memang pedih tapi hasil dia wow. Parut pudar.. so ni lah rahsia resdung akak sekarang.. dah takde bau tahik, bau kayu manis pulak dalam lubang hidung.

Kredit: suzyhoney

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Petua Hilang Resdung (Derita Bau Kurang Menyenangkan Dalam Hidung)"

Post a Comment