Petua dan Tips : 4 Petua Mengubati Penyakit Kayap
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atu nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu kelompak virus herpes. Apabila virus ini berada dalam badan. mangsa akan berasa demam ,tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan sengal dan hilang selera makan. Bagi pesakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.
Jika anda ada simtom-simtom penyakit kayap, silalah berjumpa doktor atau mencuba rawatan tradisional atau petua yang difikirkan bersesuaian dengan penyakit kayap ini.
Petua 1 : Asah kulit pokok kerayong dan disapukan di tempat yang dijangkiti . Kayap tersebut akan kering dan boleh dikoyakkan .
Petua 2 : Potong batang keladi candik dan ambil airnya lalu disapukan ke tempat sakit. Besoknya kayap boleh dikoyakkan dan pulih.
Petua 3 : Ambilkan 10 duri pokok kekabu dan asahkan duri itu sehingga keluar cecair yang agak pekat. Tadahkan dalam satu bekas, kemudian sapukan cecair duri kekabu ini dan sapukan pada bahagian anggota badan anda yang ada kayap itu. Amalkan petua ini berulangkali sehingga kayap anda kering dan sembuh.
Petua 4 : Daun cili boleh mengubati penyakit kayap . Ambil beberapa daun cili dan kapur makan dan kemudian tumbuk dan ramaskan daun cili serta campurkan dengan sedikit kapur makan. Sapukan di bahagia yang terkena kayap . Lakukan sehari 2 kali . Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Selamat beramal..
Petua dan Tips : 4 Petua Mengubati Penyakit Kayap
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "4 Petua Mengubati Penyakit Kayap"
Post a Comment