5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional | Petua dan Tips Seharian Anda

5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional


Petua dan Tips : 5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional


Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua di bawah untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua 1 : Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.


Petua 2 : Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.


Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.


Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.


Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Selamat beramal..

Petua dan Tips : 5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

2 Responses to "5 Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional"