Petua dan Tips : 6 Cara Halau Lipas Dalam Rumah
Lipas adalah binatang yang kotor, dan sangat berbahaya kerana dalam perutnya mempunyai cacing kecil. Anda boleh membacanya di SINI. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom..
Tips 1 : Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
Tips 2 : Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
Tips 3 : Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
Tips 4 : Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
Tips 5 : Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
Tips 6 : Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Selamat beramal..
Selamat beramal..
Petua dan Tips : 6 Cara Halau Lipas Dalam Rumah
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "6 Cara Halau Lipas Dalam Rumah"
Post a Comment