Petua dan Tips : Cara Buat Mask Untuk Muka Berminyak
Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.
Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak:-
♦ 1 biji telur
♦ 1 sudu makan daun pudina
♦ 1 sudu makan jus lemon
♦ 1/2 biji timun telah yang dihiris
Cara membuatnya:-
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.
2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.
3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.
4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.
5. Biarkan ia sekitar 30 minit.
6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.
7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka
Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea.
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "Cara Buat Mask Untuk Muka Berminyak"
Post a Comment