Cara Buat Perangkap Nyamuk | Petua dan Tips Seharian Anda

Cara Buat Perangkap Nyamuk


Petua dan Tips : Cara Membuat Perangkap Nyamuk

Tidur bertemankan nyamuk adalah tidur yang paling menyeksakan, apatah lagi jika "mereka" ini seolah-olah sedang berlumba haram disekitar telinga kita. Pelbagai racun sudah dicuba, Ohhh!! panas hati tidak boleh dibayangkan. Sabar, anda mungkin boleh cuba buat perangkap nyamuk ini.

Apa yang kita perlukan ialah:

→ 200 ml air
→ 50 gram gula perang,
→ 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
→ 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

cara buat perangkap nyamuk

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

buat perangkap nyamuk yang berkesan


3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

diy perangkap nyamuk

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

hasil perangkap nyamuk

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain 

Selamat mencuba..


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Cara Buat Perangkap Nyamuk"

Post a Comment