Petua dan Tips : Senaman Untuk Kecilkan Punggung dan Peha
Anda mempunyai peha dan punggung yang agak besar dari biasa? Ia tentu merisaukan anda. Selain berjogging untuk membuang lemak di peha/punggung, jom belajar senaman khas untuk kecilkan peha/punggung. Senang saja. Boleh lakukan di dalam rumah. Memang berkesan jika ada gigih melakukannya
Caranya adalah:
Langkah 1 – Sandar di dinding
Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.
Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.
Langkah 2 – Menaiki Tangga
Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.
Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.
Langkah 3 - Lunge
Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.
Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.
Langkah 4 - “Menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
Selamat mencuba..
Petua dan Tips : Senaman Untuk Kecilkan Punggung dan Peha
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "Senaman Untuk Kecilkan Punggung dan Peha"
Post a Comment