Senaman Untuk Kempiskan Perut | Petua dan Tips Seharian Anda

Senaman Untuk Kempiskan Perut


Petua dan Tips : Senaman Untuk Kempiskan Perut

Gerak Senaman ‘Posing’ dan Tahan. Gerak senaman untuk memberi tekanan pada bahagian otot perut dan membantu pembakaran lemak di bahagian tersebut.

Langkah-langkah senaman:


Duduk tegak di atas lantai, dengan lutut dibengokkan dan tangan diletakkan di bahagian bawah atau pelipat lutut untuk sokongan. Dengan mengekalkan kedudukan ‘lurus’ bahagian atas badan (dada dan belakang), perlahan-lahan angkatkan kaki (betis) sehingga berada pada kedudukan selari dengan lantai. Dalam kedudukan tersebut, bengkok masih dibengkokkan dan seluruh tubuh disokong dan diseimbangkan oleh punggung.


Sekiranya dirasakan kurang selesa, perlahan-lahan angkat dan luruskan kaki anda (perlu berhenti sekiranya anda merasa sebarang ketidakselesaan pada bahagian belakang badan) dan luruskan tangan ke hadapan. Dalam kedudukan tersebut, tarik dan hembuskan nafas beberapa kali dan cuba bertahan antara 5-15 kali pernafasan. Selepas itu, letakkan kembali kaki ke lantai dan badan ditegakkan untuk berehat seketika. Cuba ulangi sebanyak 3 – 5 kali gerak senaman ini setiap kali melakukannya.

Selamat mencuba..


Sumber

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Senaman Untuk Kempiskan Perut"

Post a Comment