Tips Senaman Mudah Kempiskan Perut | Petua dan Tips Seharian Anda

Tips Senaman Mudah Kempiskan Perut


Petua dan Tips : Tips Senaman Mudah Kempiskan Perut

Gerak senaman yang sangat mudah namun memberi hasil yang memuaskan jika rajin untuk selalu melakukannya. Satu pilihan gerak senaman yang sesuai bagi yang kekurangan masa untuk berjogging dan bersenam di gimnasium, memandangkan gerak senaman mudah untuk kempiskan perut ini boleh dilakukan di mana sahaja kerana tidak memerlukan ruang yang besar.

Langkah-langkah:

1. Baring di atas lantai dengan kedua-dua belah tangan rapat ke sisi, kaki dilipat dan dinaikkan sedikit kira-kira 30 sentimeter dari lantai (lihat gambar).

2. Tarik nafas perlahan-lahan dan pada masa yang sama rapatkan kedua-dua belah lutut ke dada.

3. Kemudian, luruskan kembali kedua-dua belah kaki (sepertimana pada kedudukan awal) sambil menghembuskan nafas.

4. Cuba rasai pergerakan otot terutama di bahagian perut ketika melakukan gerak senaman ini.

5. Lakukan secara berulang-ulang kali sebanyak 5 hingga 10 kali. Berehat sebentar dan kemudian ulangi semula sehingga 3 pusingan.

Selamat beramal..

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Tips Senaman Mudah Kempiskan Perut"

Post a Comment