15 Cara Elakkan Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis) | Petua dan Tips Seharian Anda

15 Cara Elakkan Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis)

cara elakkan bayi terkena demam kuning jaundis

Petua dan Tips : 15 Cara Elakkan Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis)

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. 

Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Dan ini admin kumpulkan 15 Tips dan Petua untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning (Jaundis). InsyaAllah..

1. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan

2. Minum susu kambing semasa mengandung

3. Jangan makan jeruk semasa mengandung

4. Jangan makan junk food

5. Jangan makan kacang parang.

6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D cth seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon , sardin, ubi kentang, tuna dan minyak sayuran.

7. Elakkan minum ais.

8. Makan epal hijau, anggur dan buah delima

9. Minum susu yang dikisar bersama kurma.

10. Elakkan makan kerang

11. Elakkan makan mee segera

12. Amalkan minum jus pegaga

13. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan

14. Elakkan minum air berkarbonat.

15. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah

Selamat mencuba..


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "15 Cara Elakkan Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis)"

Post a Comment