Petua Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan | Petua dan Tips Seharian Anda

Petua Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan

petua dan tips merawat ulser

Petua & Tips : Petua Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan

Bila dah 3-4 hari ulser di mulut masih tak baik-baik, maka kita kena buat sesuatu sebab nak bercakap ngan orang pun rasa macam mulut bengkak sebelah! Nak makan apatah lagi, tambah kalau pekena sup tulang tu kan, tulang dia tersentuh tempat ulser tu .... grrrrr! terkenyit-kenyit mata menahan sakit. Langsung hilang selera! Betoi dak?

Antara petua yang insyaAllah berkesan dan sesuai digunakan untuk semua jenis golongan dan umur : 

Marjerin - Yang ni memang old-skool, ke masih ada yang tak tahu atau tak perasan? Biasa, mak kami suka gunakan ni kat kami dulu. Guna marjerin/planta tak menyakitkan untuk kanak-kanak. Letak je kat ulser tu, terus dia cair. Macam mana tindakbalasnya dan bagaimana ia bereaksi dengan ulser tu jangan tanya kenit, tapi alhamdulillah lama-lama baik la dia (^_^).

Madu - Baru je minggu lepas kenit letakkan madu kat ulser. Alhamdulillah berkesan dan ulser semakin mengecut. Ia juga tak menyakitkan jadi sesuai jugak untuk kanak-kanak. Plus, sedap dan manis pulak tu. Boleh hisap sambil lalu kan hehehe.

Garam - Ini kamikaze punye solution! Kalau korang jenis hati 'keras' jiwa kentang kental, nak tunjuk macho dan sebagainya, maka inilah cara yang sesuai untuk korang mihmih. Tak digalakkan untuk kanak-kanak sebab bila garam tu sentuh je ulser tu .... maka mata korang akan terpejam beberapa minit sambil menahan pedih dan kesakitan bila ulser tu 'menelan' segala garam disekelilingnya. Kenit guna cara ni minggu lepas sebelum kenit try madu tu, lepas 3 kali percubaan ulser tu tak rasa sakit dan lompangnya tak besar dah.

Ni je la 3 cara yang kenit gunakan sebagai petua merawat ulser. Bila dah anak sendiri, lebih senang guna Bonjela tapi, bila benda tu tak da kat umah maka kita ambil mana yang senang je kan. Kalau korang belum cuba sudi-sudikanlah cuba ye. Mulakan dengan bismillah (^_^).


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Petua Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan"

Post a Comment