Petua dan Tips : 5 Cara Menghilangkan Kurap
Kurap boleh menyebabkan rasa rendah diri dan kurang selesa jika berada dengan orang ramai, apatah lagi jika kurap tersebut berada di tempat-tempat yang terbuka.. Ini ada beberapa petua yang boleh anda cuba, insyaALLAH berkesan..
Petua 1:
Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Petua 2:
Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap.
Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Petua 3:
Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
Petua 4:
Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
Petua 5:
Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
Selamat beramal..
Petua dan Tips : 5 Cara Menghilangkan Kurap
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "5 Cara Menghilangkan Kurap"
Post a Comment