Cara Menghilangkan Love Bite – Mudah, Cepat & Berkesan | Petua dan Tips Seharian Anda

Cara Menghilangkan Love Bite – Mudah, Cepat & Berkesan

CARA MENGHILANGKAN LOVE BITE – MUDAH, CEPAT & BERKESAN

CARA MENGHILANGKAN LOVE BITE – MUDAH, CEPAT & BERKESAN

Sumber : seniciuman

Penafian : Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk anda semua bebas melakukan Love Bite atau Gigitan Cinta ini kepada orang yang tidak halal bagi mu.

Love bite memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Terutama sekali jika dilakukan kepada insan tersayang. Yang tak seronoknya adalah kesan yang ditinggalkan oleh love bite.

Love bite sebenarnya adalah kesan parut yang timbul akibat pembuluh darah yang pecah di bawah lapisan kulit.

Walaupun bunyinya agak menakutkan, love bite sebenarnya tidak berbahaya, dan kesan gigitan cinta boleh dihilangkan dengan mudah.

Bagaimana cara menghilangkan love bite dengan cepat?


Cara Menghilangkan Love Bite Dengan Cepat

Ramai yang berasa malu dengan kesan love bite pada tubuh mereka. Malah pasangan yang dah berkahwin pun sering mencari cara untuk menyembunyikan kesan love bite pada tubuh.

Tetapi ada juga yang gemar menayang bekas love bite. Bagi mereka ini adalah tanda kasih sayang pasangan pada tubuh mereka.

Walaupun kesan love bite akan hilang dengan sendirinya, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan kesan love bite dengan cepat.

1. Guna sudu yang disejukkan

Salah satu cara menghilangkan love bite yang berkesan adalah dengan menggunakan sudu yang telah disejukkan. Masukkan sudu ke dalam peti sejuk dari 5 hingga 10 minit sebelum meletakkan sudu pada bekas love bite anda.

Cara menghilangkan love bite yang ini sangat berkesan sekiranya love bite tersebut agak baru.

Suhu sejuk pada sudu akan mengurangkan darah yang keluar dari pembuluh dara pada kesan love bite, seterusnya menghilangkan love bite dengan cepat.

Untuk lebih mujarab, lakukan teknik menghilangkan love bite beberapa kali sehari.

2. Aloe vera sebagai pelembap semula jadi

Aloe vera adalah pelembap semula jadi yang jarang digunakan khasiatnya. Antara khasiat aloe vera adalah mempercepatkan kulit untuk sembuh daripada kesan luka.

Anda boleh gunakan krim atau gel berasaskan aloe vera untuk menghilangkan kesan love bite dengan cepat. Sapukan krim atau gel ini ke bekas love satu atau dua kali sehari dan biarkan sehingga kering – antara lima hingga sepuluh minit.

Sapu kesan krim tersebut, atau biarkan sahaja. Selain sebagai salah satu cara menghilangkan love bite yang berkesan,  aloe vera juga boleh melembutkan dan mencantikkan kulit.

3. Kulit pisang pun boleh hilangkan kesan love bite

Ramai yang tak tahu sebenarnya kulit pisang juga adalah salah satu cara menghilangkan love bite yang sangat berkesan.

Kulit pisang pun boleh digunakan untuk menghilangkan love bite dengan cepat CLICK TO TWEET
Kulit pisang, terutama bahagian dalamnya boleh bertindak sebagai rawatan penyejuk yang boleh mengurangkan dan menghilangkan kesan love bite.

Caranya sangat mudah – letakkan kulit pisang yang baru dikupas dari pisang masak ke parut love bite anda. Biarkan sehingga 30 minit. Ulangi cara menghilangkan love bite ini dua atau tiga kali sehari dan dengan mudah kesan love bite pada tubuh anda akan surut.

4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin K

Vitamin K adalah nutrien yang dengan mudah boleh didapati dari makanan seperti brokoli, kangkung, bayam dan juga beras perang.

Salah satu khasiat vitamin K adalah menyerap darah beku, iaitu salah satu punca utama yang menyebabkan love bite.

Jadi dengan mengambil makanan yang tinggi dengan vitamin K, secara tidak langsung tubuh anda akan bertindak balas dari dalam untuk menghilangkan parut love bite ini.

Cara mengilangkan love bite dari dalam ini juga sangat berkesan jika dilakukan dengan petua menghilangkan love bite dari luaran, seperti yang diberikan di atas.

5. Berus gigi pun boleh digunakan

Bagaimana berus gigi boleh digunakan sebagai cara menghilangkan love bite? Selain digunakan untuk memberus gigi, berus gigi juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengurut.

Berus gigi yang lembut (soft bristle) boleh digunakan untuk mengurut parut love bite anda supaya peredaran darah lebih lancar seterusnya menghilangkan parut love bite dengan cepat.

Urut parut love bite dengan berus gigi, perlahan-lahan. Lakukan antara lima hingga sepuluh minit. Jangan terlalu kuat, nanti lebih teruk kesan love bite tersebut.

Bagaimana Jika Bekas Love Bite Tidak Hilang?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, love bite bukanlah sesuatu yang harus anda risaukan.

Kesan parut love bite adalah bergantung kepada intensiti love yang dilakukan oleh pasangan anda, dan juga tahap ketahanan tubuh anda terhadap kesan parut.

Sesetengah love bite boleh hilang dengan cepat, manakala ada juga kesan love bite yang mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya.

Jika anda cuba cara menghilangkan love bite yang diberikan ini,  kesan love bite anda akan berkurangan dengan cepat dan seterusnya hilang terus.

Atau kalau nak mudah, gunakan koyok untuk menutup kesan love bite anda!
About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Cara Menghilangkan Love Bite – Mudah, Cepat & Berkesan"

Post a Comment