5 Cara Merawat Cagu Pada Kaki | Petua dan Tips Seharian Anda

5 Cara Merawat Cagu Pada Kaki

merawat cekam dan cagu

Petua dan Tips : 5 Cara Merawat Cagu Pada Kaki

Bila sebut jer pasal CAGU, pasti ramai yang tahu makna cagu nie. Kalau belah pantai timur, ada yang panggil dengan panggila CEKAM. Cengkaman maut atau cagu sejenis penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. 

Cagu ini akan menyebabkan nanah dan baunya sangat busuk. Cagu ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping pemakaian kasut yang sempit. Cara memotong kuku yang salah juga adalah salah satu penyebabnya cagu ini. 


CARA-CARA MERAWAT CAGU:

Petua 1: Limau Nipis
Ambil sedikit perahan air limau nipis dan sapukan ke kuku yang mencengkam daging jari kaki anda itu. Sebelum itu potonglah kuku jari kaki duhulu supaya air limau itu dapat meresap ke dalam cagu. Cuba lakukan 2 kali sehari dengan menitik air perahan limau itu ke cagu anda. InsyaALLAH sakit akan berkurangan dan sembuh.


Petua 2 : Santan Kelapa
Ambil segenggam kelapa parut, yang belum diguna lagi. Perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu... biarkan seketika, dan bilas dengan air bersih. Lakukan berulang ulang kali. insyaALLAH cepat sembuh


Petua 3 : Daun Inai
1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.


Petua 4 : Daun Keembung Putih 

Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.
1. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
2. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
3. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
4. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
5. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.


Petua 5 : Kunyit + Daun Inai + Kapur Sirih

1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.
2. Masukkan juga sedikit kunyit dan kapur sirih.
3. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.
4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam.
5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih.

Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru. Ulangilah proses di atas sehinggalah kuku anda pulih.

Selamat beramal..

Petua dan Tips : 5 Cara Merawat Cagu Pada Kaki


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

8 Responses to "5 Cara Merawat Cagu Pada Kaki"

  1. uhh saya dah cabut kuku tpi still cekam. sakit bila kawan2 terlanggar :(
    mcm mna ni :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. perah air asam limau..

      Delete
    2. Betul saya pernah dan sekarang sedang menghidapi penyakit ini, dah berulangkali

      Delete
    3. sayapun mengalami kes dan penyakit yang sama ,masuk yang ni dah 3 kali saya terpaksa cabut kuku.Kerana masih tak sembuh saya terpaksa cabut kuku dua-dua belah ibu jari kaki,kini saya mngalami lagi penyakit ini bagi ibu jari kaki kiri yang saya dah cabut kuku bln 11.16 hari itu.saya sedang menderita kesakitan penyakit cagu ini.Belumpun kuku tumbuh penuh,dahjadi bengkak dan bernanah di ibu jari kaki kiri saya ini.saya ingin berhubung dengan saudari kaedah rawatan dan sebagainya. ni hp saya 0139791552 (wsap or sms)

      Delete
  2. macamana nak buat kuku tu jadi normal semula. kan dah cengkam ke daging. kalau tidak dicabut... rupa kuku tu tetap membengkok dan mencengkam daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat saya tahu, tak ada cara,melainkan cabut sahaja.tapi itulah walaupun dah berkali cabut hal yang sama berulang, contohyang terjadi pada saya. kena redha dan berdoa selain berubat.

      Delete
  3. Selalu kena benda ni. Harap-harap lepas ni tak kena lagi

    ReplyDelete