8 Makanan Elakkan Penyakit Jantung | Petua dan Tips Seharian Anda

8 Makanan Elakkan Penyakit Jantung

contoh makanan elak sakit jantung

Petua dan Tips : 8 Makanan Elakkan Penyakit Jantung

Menghidap sakit jantung adalah merupakan perkara serius ini kerana sakit jantung merupakan penyakit nombor satu dunia dan penyakit jantung merupakan antara yang digeruni oleh semua. 

Sedikit info mengenai jantung, jantung merupakan organ terpenting yang mampu membuatkan kita terus hidup bernafas dan ia berfungsi mengepam serta mengedarkan darah ke seluruh badan. Memikirkan peranan besar jantung dikongsikan lapan makanan terbaik untuk organ jantung.


1. Makanan beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. 


2. Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus."Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat," menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com. 


3. Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. 


4. Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega. 


5. Buah beri
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. 


6. Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat


7. Biji rami (linseed) 
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal. 


8. Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Selamat beramal..

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "8 Makanan Elakkan Penyakit Jantung"

Post a Comment