Petua dan Tips : 9 Tips Kurangkan Sakit Kepala
Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.
Antara penyebab migrain:
• Kekurangan zat dan nutrisi
• Faktor keturunan
• Kesan pengambilan ubat-ubatan
• Wanita yang mengalami haid
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
Antara panduan mengurangkan sakit kepala:
Tips 1 : Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.
Tips 2 : Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.
Tips 3 : Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.
Tips 4 : Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.
Tips 5 : Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.
Tips 6 : Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.
Tips 7 : Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.
Tips 8 : Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.
Tips 9 : Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.
Petua dan Tips : 9 Tips Kurangkan Sakit Kepala
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "9 Tips Kurangkan Sakit Kepala"
Post a Comment