Cara Mendidik Anak Cara Rasullulah SAW | Petua dan Tips Seharian Anda

Cara Mendidik Anak Cara Rasullulah SAW

ajar anak cara Nabi

Petua dan Tips : Cara Mendidik Anak Cara Rasullulah SAW

Rasulullah s.a.w pernah bersabda ;-

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja, dan kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai “tidak serupa orang” maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.

Mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya.

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa, ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan “menjegilkan” mata pun sudah cukup membuat anak “menikus”. Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan “reasoning” lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak. Lihatlah bagaimana baginda pernah bergurau dengan cucu nya iaitu Hasan dan Husain (Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”)

Kesimpulanny, lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk menjaga “amanah Allah” yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibubapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga, iaitu anak anda.

Yakin dan percayalah, anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

Petua dan Tips : Cara Mendidik Anak Cara Rasullulah SAW


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Cara Mendidik Anak Cara Rasullulah SAW"

Post a Comment