Cara Mudah Bersalin Secara Tradisional | Petua dan Tips Seharian Anda

Cara Mudah Bersalin Secara Tradisional

Cara Mudah Bersalin Secara Tradisional

Petua dan Tips : Cara Mudah Bersalin Secara Tradisional

Bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Dapatkan nasihat doktor anda dan gunakan teknik yang disarankan oleh doktor anda.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
  • Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Cara Mudah Bersalin Secara Tradisional"

Post a Comment