Tips Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma | Petua dan Tips Seharian Anda

Tips Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma

air mani banyak


Petua dan Tips : 6 Cara Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma

Tidak diragukan bahawa memiliki sperma dalam jumlah yang banyak, menghasilkan orgasme (kepuasan) lebih lama termasuk meningkatkan hasrat seks.

Sperma yang banyak juga merupakan tanda sistem reproduksi yang sihat. Jika anda ingin menyirami pasangan dengan cinta atau ingin menjadi calon ayah, inilah beberapa tips untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu jumlah sperma.

1. Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok waktu ini, maka berhentilah. Selain menyebabkan nafas berbau, merokok juga dapat mempengaruhi jumlah sperma. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding dengan lelaki yang tidak merokok.

2. Elak pakai seluar dalam yang ketat dan panas

Sebaiknya, pastikan zakar anda berada dalam suhu sejuk berbanding suhu bahagian tubuh lain. Memakai seluar dalam atau tight boxer yang ketat akan sebabkan suhu di sekitar zakar menjadi panas kerana pengaliran udara tidak menentu. Elak dari memakai seluar dalam sewaktu tidur untuk menjaga suhu bahagian tubuh itu sentiasa selesa.

3. Pemakanan yang sihat

Yakin atau tidak, pola pemakanan mempengaruhi proses pengeluaran sperma. Cuba amalkan makanan yang rendah lemak dan berprotein tinggi. Pilih sayur-sayuran dan jenis bijiran yang baik untuk kesihatan.

4. Kurangkan hubugan seks dan onani

Ramai lelaki mengeluh dek kerana air maninya sedikit dan cair. Semakin kerap berejakulasi, maka semakin kurang kepadatan sperma. Demikian juga dengan perhubungan seks yang dilakukan setiap hari atau lebih buruk lagi beronani atau melancap. Hal sedemikian akan mempengaruhi jumlah dan kepadatan sperma.

5. Elak atau kurang pengambilan alkohol

Alkohol akan mempengaruhi fungsi lever yang secara langsung akan menyebabkan  peningkatan jumlah estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi dalam tubuh akan mempengaruhi pengeluran sperma. Berhenti minum alkohol jika anda mahukan proses pengeluran sperma tidak terbantut.

6. Ambil suplement vitamin

Sesetengah ubat mungkin boleh mengganggu proses pengeluaran sperma. Sebaliknya pengambilan suplemen dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran sperma. Beri tumpuan kepada suplemen yang mengandungi asam amino L-carnitine yang ada pada daging merah dan susu, serta L-arginine yang terdapat pada kekacang, telur dan daging. Pemakanan yang sihat akan meningkatkan mutu sperma.

Petua dan Tips : 6 Cara Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Tips Untuk Meningkatkan Kualiti Sperma"

Post a Comment