Petua dan Tips : 2 Cara Elak Anak kencing Malam
Anak kecil yang kencing di waktu tidur malam itu (kekadang ada juga terjadi sekali dua kepada orang dewasa).
Kaedah yang terbaik ialah dengan melatihnya bagi menghentikan kebiasaan tersebut.
Antara caranya ialah dengan mengehadkan pengambilan airnya pada waktu petang, memastikannya membuang air kecil sebelum tidur (sepertimana yang anda lakukan) dan membangunkannya untuk buang air sekali lagi pada jangka waktu yang pertama kebiasaannya anda mendapati tilamnya basah akibat kencing.
Petua 1 : Sarang semut.
Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain.
Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.
Petua 2 : Madu lebah.
Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu sutu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum.
Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur.
Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control.
Selamat beramal..
Petua dan Tips : 2 Cara Elak Anak kencing Malam
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "2 Cara Elak Anak kencing Malam"
Post a Comment