Buasir atau hermoraid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan disekitarnya membengkak, terasa sakit , perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi dibahagian rektum menyebabkan dinding vena salur darah teregang atau memberi dan membonjol, kekadang boleh pecah terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-Jenis Buasir
1. Buasir Dalaman
Lazimnya buasir ini terasa gatal dan sakit kerana ia terletak jauh daripada rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar beoleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah dimangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan ini kerana mungkin darah tersebut datangnya daripada sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2. Buasir Luaran
Buasir jenis ini yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala seperti sakit, gatal, dan pedih di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah aka terputus) bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadilah buasir adalah sukar untuk dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringgan berbanding dengan yang dahulunya.
3. Punca Penyakit Buasir
Antara faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat masalah buasir ialah :
a- Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir, buasir ini sebenarnya lazimnya boleh berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara lazimnya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyka tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang berkaki empat.
Disamping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
b- Duduk atau Berdiri Dalam Jangka Masa Yang Terlalu Lama.
Orang yang selalunya duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
c- Masalah Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan tekanan yang kuat untuk membuangnya. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan menyebabkan saluran venus membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman dalam pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
d- Berat Badan Berlebihan
Berat badan berlebihan akan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
5. Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Disamping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ia dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus.
Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi releks dan memburukkan lagi keadaan ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi releks dan memburukkan lagi keadaan ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Untuk rawatan penyakit buasir ini, kombinasi bacaan doanya ialah :
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Selawat Tajrijiyyah
4. Doa buasir
Maksudnya : Aku Berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alamidan aku takuti
Doa Tambahan Jika Penyakit Masih Belum Sembuh :
Maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung yang tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup lagi Perkasa, dan aku bertaubat kepadaNya.
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
slm
ReplyDelete