Petua dan Tips : Senaman Untuk Ibu Mengandung
Di saat kandungan yang dah berusia 9 bulan ni, orang cakap elok sangatlah banyakkan berjalan or bersenam. Dan ini admin kongsikan beberapa langkah atau tips senaman tersebut.
Bagaimana senaman boleh membantu ibu hamil?
- membantu menangani tekanan fizikal dan mental akibat kehamilan
- membantu kita bersedia untuk proses kelahiran yang memerlukan kita menggunakan segala tenaga yang ada
- membantu mengelakkan masalah seperti praeklampsia atau kencing manis semasa hamil.
- membantu tidur lebih lena pada waktu malam.
- lebih mudah untuk mengawal pertambahan berat badan jika bersenam. Kebaikan ini berterusan selepas bayi dilahirkan, di mana lebih mudah untuk kembali kepada bentuk badan asal.
Tapi.. tak semua senaman bole kita buat time hamil. Kene pilih jugak.. kang tak pasal pasal memudaratkan diri. Antara senaman yang digalakkan.
Berjalan: Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil. Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Selamat untuk dilakukan selama sembilan bulan kehamilan.
Berenang: Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman ibu mengandung ini lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.
Aerobik Berimpak Rendah: Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya kita mengambil kelas untuk wanita hamil, kita akan dapat berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri dan bayi.
Regangan: Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan.
Erk.. mcm payah kan, cuba gambar di bawah..
Yang ni macam mudah sikit la...
Selamat mencuba..
Petua dan Tips : Senaman Untuk Ibu Mengandung
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "Senaman Untuk Ibu Mengandung"
Post a Comment