Petua & Tips : 10 Tips Membantu Bakal Bapa
1. Belaian melalui urutan
Sebenarnya mengurut kaki atau tangan semasa hamil dapat membantu melegakan tekanan dan tegangan kepada isteri. Di samping itu semasa mengurut suami boleh duduk berbincang dan bergurau senda dengan isteri. Saya lebih suka losyen pudina semasa urut kaki untuk menceriakan diri saya. Jangan lupa tanya isteri anda losyen perisa apa yang mereka suka.
2. Membaca buku ilmiah
Konsep membaca di sini adalah bukan berkenaan dengan buku tentang komputer atau buku yang serius. Cukuplah hanya buku tentang kehamilan yang dapat mengurangkan kebimbangan isteri anda menghadapi kehamilan. Di samping itu, ketahuilah dengan membaca juga dapat memberi idea untuk memulakan perbualan pada masa pada hadapan. Kalau malas nak baca buku jangan risau, banyak laman web yang boleh anda rujuk sebagai bahan bacaan. Apa guna pakai telefon pintar. Betul tak?
3. Biarkan isteri lelap seketika
Semasa kehamilan, kebanyakan wanita memang agak keletihan selepas seharian di pejabat atau mungkin melakukan kerja rumah. Biarkan mereka lelap seketika sebelum menyambung kembali kerja yang tertunda. Lebih manis jika para suami menyediakan sarapan pagi untuk isteri. Sekali-sekala ambil alih tugas isteri apa salahnya.
4. Tunjukkan minat
Pasangan yang bakal menimang cahaya mata pasti teruja memilih nama untuk anak anda. Tetapi selalunya isteri yang akan lebih teruja. Suami jangan ambil ringan tentang hal ini. Tunjukkan minat anda dalam segala hal yang berkaitan dengan anak. Tidak mengapa jika anda terlepas beberapa temujanji dengan doktor tetapi pastikan anda tidak terlepas dan turut serta semasa temujanji yang penting seperti mendengar bunyi degupan jantung bayi, menentukan jantina dan lain-lain. Ingat, kenangan itu hanya datang sekali sahaja.
5. Hadiri kelas untuk bakal ibu bapa
Kelas bakal ibu bapa selalunya banyak disediakan di hospital atau pusat perubatan. Jangan malu jika anda kelihatan bodoh atau tidak tahu apa-apa. Sebab kebanyakan peserta juga adalah bakal bapa yang sememangnya tiada pengetahuan seperti anda. Kelas ini sangat berguna untuk membantu menenangkan isteri anda di dalam bilik bersalin nanti. Malah kelas ini juga dapat membantu bakal bapa menghadapi apa-apa masalah walaupun sebelum isteri anda bersalin. Jangan lupa dan malu bertanya soalan pula ya.
6. Makan malam istimewa
Walaupun sedang hamil, jangan lupa membawa isteri anda keluar makan malam bersama. Kadangkala bakal ibu bapa lupa untuk meluangkan masa bersama kerana sibuk memberi perhatian kepada anak yang sedang dikandungkan. Luangkan masa bersama sementara anda masih lagi berdua.
7. Isikan tangki gas
Mungkin perkara ini agak remeh tetapi ketahuilah bau gas boleh menyebabkan isteri dan bayi anda sakit dan di dalam keadaan yang tidak selesa. Pertolongan yang kecil seperti ini akan melegakan ketidak selesaan yang isteri anda hadapi.
8. Rasai gerakan bayi anda
Apabila kandungan mencapai 4 atau 5 bulan, bayi anda sudah mula melakukan beberapa gerakan. Kita selalu dengar isteri berkata “cuba rasa kat sini”. Kadang-kadang bila dah letak tangan tak rasa pun bayi tendang. Cuba letakkan tangan anda di perut isteri ketika sedang menonton televisyen atau ketika sedang baring. Jangan lupa minta izin dulu ya. Takut isteri terkejut pula. Sambil itu cuba bercakap dan mainkan muzik untuk bayi. Lebih lama anda letakkan tangan, semakin terasa gerakan bayi. Cubalah hari ini.
9. Bersihkan bilik air
Mungkin tips ini agak pelik tetapi percayalah ini amat membantu melegakan isteri anda lebih-lebih lagi yang mengalami alahan teruk semasa di awal kehamilan. Siapa yang nak muntah di dalam tandas yang kotor kan? Boleh makin sakit dibuatnya. Ini adalah perkara terbaik suami buat untuk saya.
10. Bantu dalam perkara kecil
Jika sebelum ini isteri yang membayar bil di pejabat pos, membeli barang dapur dan menghantar anak di taska, apa kata suami pula ambil alih tugas-tugas itu. Berikan sedikit ruang dan masa kepada isteri untuk mereka membeli-belah, pergi spa, buat rawatan kuku, berehat atau apa saja yang mereka suka. Percayalah membantu isteri tidak akan membuatkan ego anda jatuh malah membuatkan rumahtangga anda lebih bahagia.
Suami kena jaga adab ketika isteri mengandung. Pastikan terus jaga kesihatan. Jauhi makanan yang dilarang semasa hamil.
Untuk para Isteri, selamat melahirkan bayi comel!
Petua & Tips : 10 Tips Membantu Bakal Bapa
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "10 Tips Membantu Bakal Bapa "
Post a Comment