Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam | Petua dan Tips Seharian Anda

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam



Petua & Tips : Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam

Semasa mengandung, kita dianjurkankan agar mengamalkan perkara-perkara yang diperintahkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam.

Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  • Panjatkan doa pada Allah
  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  • Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  • Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  • Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain".
  • Becanda berbicara dengan anak yang berada dalam kandungan
  • Lakukan pekerjaan ringan di rumah sebagai senam untuk permudahkan proses kelahiran.
  • Tidak terlalu tertekan atau stres.
  • Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  • Makan makanan yang baik. 
  • Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  • Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  • Rajin mengukirkan senyuman
  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.


Perkara-perkara yang perlu jauhi oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung
  • Jangan mengidam makanan yang tidak baik
  • Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
  • Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  • Suami berusahalah untuk tidak melakukan perkara yang menyedihkan atau membuat isteri marah
  • Berusaha untuk berpenampilan yang tidak menarik di depan suami.
  • Jauhi maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
  • Jauhi pertuturan yang negatif
  • Jauhi membuka aurat
  • Jauhi amalan khurafat


Kalau macam tu, apakah amalan ibu hamil yang baik?

Dekatkan diri dengan naskhah Al-Quran. Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:
  • Baca surah Al Fatihah (untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
  • Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  • Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  • Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
  • Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
  • Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)


Itulah beberapa amalan seorang ibu yang sedang mengandung. Sebenarnya tidak ada di dalam al quran & hadis yang sahih yang memerintahkan semua si atas, tetapi kalau itu adalah kebaikan dan bernilai ibadah kenapa tidak untuk tidak dilakukan? Betul bukan?

Sumber: Safiah dan suntingan oleh SirapLimau.com


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam"

Post a comment