9 Petua Hilangkan Sakit Gastrik | Petua dan Tips Seharian Anda

9 Petua Hilangkan Sakit Gastrik

9 Petua Hilangkan Sakit Gastrik

9 PETUA HILANGKAN SAKIT GASTRIK

Bila bercerita pasal gastrik, selalunya jadi bila time kita puasa, atau pun bila kita kontrol diet, dan mungkin jugak timing makan yang tak betul. Kalau selalu “skip meals” tak sarapan, tak ambilb lunch pun kemungkinan besar kita akan dapat sakit perut atau gastrik ni. 

Perut rasa sakit dan tak selesa. Mungkin ada jugak simptom-simptom lain, pedih ulu hati atau “heartburn”, mabuk, mual atau “nausea” dan perut kembung. Memang laaah menyakitkan.

Ada banyak cara untuk kurang dan hilangkan sakit gastrik ni. Antaranya :


1. Chamomile tea
Teh chamomile (chamomile tea) terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh kurangkan sakit pada perut. 

Teh ni bertindak untuk rehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus kurangkan “contractions” yang jadi punca gastrik dan sakit perut. 

Pada masa yang sama boleh kurangkan sakit jugak.

Caranya:
- Bancuh satu uncang teh chamomille dan minum.


2. Halia
Peranan halia pun sama macam teh chamomile. Halia jugak ada agen-agen anti-inflamatori yang bantu untuk rehatkan otot-otot di sekitar perut anda dan di saluran makanan. 

Halia juga boleh keluarkan angin dan redakan sakit dalam perut akibat gastrik. Halia ni terbukti satu ramuan atau bahan yang boleh hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat.
Halia juga boleh kita guna untuk mengubati sakit yang lain.

Caranya:
Kita boleh rebus halia untuk buat teh dan diminum. 
Untuk kurangkan sakit dan legakan perut.


3.Air Lemon
Air lemon suam dapat galakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk cerna makanan dan dapat lancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat legakan sakit perut.


4. Jus Prun
Mungkin ramai tak tau tapi ada kalanya sakit perut atau gastrik ni puncanya dari bahagian bawah abdomen badan. Kita mungkin rasa perut ni seakan meragam atau berbunyi.

Biasanya berkait dengan sembelit, tak dapat buang air besar. Lepastu sakit tu merebak ke atas perut dan jadi sakit perut, gastrik, dan pedih ulu hati. 

Oleh itu, amalkan minum segelas jus prun. Ia bertindak sebagai laxatif untuk legakan perut.


5. Makanan Tawar
Walaupun sedang terkena gastrik, bukan maksudnya tak boleh makan. Kita tak boleh biarkan perut kosong. Mungkin ni jadi punca gastrik

Masa perut sakit dan bila perut kosong, makan makanan yang biasa dan tak pedas. Makan makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas atau tajam.


6. Teh Daun Pudina / Peppermint Tea
Teh daun pudina memang terkenal untuk petua-petua kesakitan. Daun pudina mengandungi menthol, yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk ubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk redakan sakit di perut. 

Selain dari teh daun pudina, kita juga boleh cari apa saja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.


7. Air Nasi
Ini adalah satu petua yang jarang diamalkan. Jangan bandingkan dengan air basuhan beras ya! Ni adalah air daripada nasi yang dimasak. 

Air nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut. Ini dapat bantu untuk kurangkan sakit. 

Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tapi lebihkan airnya, macam nak buat bubur. Bila nasi dah masak tapi air nasinya masih ada, ambil air tu, tunggu hingga sejuk atau suam, dan minum.


8. Cuka Epal / Apple Cider Vinegar
Tentu rasa pelik bila salah satu petua untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat ni guna apple cider vinegar kan?

Kadangkala gastrik ni berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut berada di tempat yang tak sepatutnya. Oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dah berkurangan. 

Dengan mengamalkan minum apple cider vinegar dapat stabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat bantu cerna makanan dengan lebih baik.

Tapi bukan semua orang dapat minum apple cider vinegar secara direct gitu, sebab rasanya tu masam dan tajam. Jadi kita boleh bancuh dengan tambah air dan sedikit madu. Kemudian minum.


9. Botol Air Panas (Hot Water Bottles)
Gunakan botol air panas (hot water bottles) sebagai tuam. Letakkan di atas perut jugak dapat bantu kurangkan sakit perut.

Sekarang memang jarang kita nampak orang gunakan botol air panas ni. Ia dibuat dari getah dan digunakan sebagai tuam untuk bahagian badan yang sakit. 

Pastikan air yang digunakan tak terlalu panas. Seeloknya boleh gunakan kain untuk alas botol air panas tu. Secara optimumnya, baring di tempat yang selesa dan letakkan botol air panas yang dilapik dengan kain di atas perut. Cara ini juga dapat bantu kurangkan sakit gastrik.

Haaaa, banyak dah tu petua dan tips tuk gastrik. So korang bolehlah pilih yang mana satu yang sesuai dan serasi. Lepastu boleh kongsikan dengan rakan yang lain. 

Semoga bermanfaat.


About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "9 Petua Hilangkan Sakit Gastrik"

Post a Comment