Bahaya Penyakit Beguk (mumps), Siptom dan Cara Merawat Beguk | Petua dan Tips Seharian Anda

Bahaya Penyakit Beguk (mumps), Siptom dan Cara Merawat Beguk

Bahaya Penyakit Beguk (mumps), Siptom dan Cara Merawat Beguk | PERNAHKAH tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan. Janganlah kata nak minum, nak telan air liur pun terasa perit. 

Bahaya Penyakit Beguk, Siptom dan Cara Merawat Beguk


Apa itu beguk?

Menurut portal MyHEALTH yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beguk merupakan penyakit yang disebabkan virus Paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.


Bagaimana ia merebak?

Beguk yang juga dikenali sebagai bengkak cantik atau mumps, mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.


Simptom penyakit

Tanda dan wabak jangkitan bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada tanda-tanda awal. Mereka berkemungkinan menghadapi:
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid



Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Majoriti jangkitan adalah ringan dan akan pulih sendiri. Jika tanpa komplikasi, keadaan akan kembali normal selepas 10 hingga 12 hari.

Walaupun semua yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, segelintir juga menghadapi risiko bahaya seperti berikut:
  • Encephalitis (pembengkakan pada otak)
  • Meningitis (pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis (pembengkakan pada pankreas)
  • Orchitis (lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak


Cara merawat

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
  • Paracetamol bagi mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.


Langkah pencegahan

Portal MyHEALTH juga mengatakan bahawa beguk boleh dicegah dengan vaksin yang diberikan pada umur 12 bulan dan kemudian pada umur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR - mumps (beguk), measles (cacar) dan rubella.

About Cari Petua

Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips

0 Response to "Bahaya Penyakit Beguk (mumps), Siptom dan Cara Merawat Beguk"

Post a Comment