Petua dan Tips : 5 Cara Hilangkan Parut Jerawat
Cuba amalkan petua-petua tradisional di bawah ini untuk menghilangkan parut jerawat yang seringkali menganggu anda ketika berhadapan dengan orang lain. Ia akan membuatkan anda terasa tidak yakin dan rendah diri. Kan?
Anda dinasihatkan jangan sesekali memicit jerawat yang belum matang. Ia akan meninggalkan kesan hitam di wajah anda.
1. Putih Telur
Sapukan putih telur dari ayam kampung dengan rapi dan biarkan kira-kira 20 minit di wajah anda. Anda akan merasa tegang sewaktu menyapunya. Selepas itu bilas dengan air suam dan diikuti dengan air biasa. Lapkan wajah anda dengan tuala yang bersih. Insyaallah.
2. Pucuk Jambu Batu
Cuba dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan digiling sehingga halus. Untuk menjadikannya lebih berkesan campurkannya bersama bedak sejuk. Cuba amalkannya selalu. Insyaallah pasti akan berkesan.
3. Belerang dan Air Mawar
Gaulkan hingga sebati ramuan ini dan sapukan di tempat yang ditumbuhi jerawat. Sekiranya anda tidak mempunyai air mawar, anda boleh menggantikannya dengan air asam jawa. Insyaallah.
4. Tepung Ubi dan Asam Jawa
Sediakan beberapa sudu tepung ubi yang telah dibancuh dengan air asam jawa. Bancuh nya sehingga pekat sedikit agar senang untuk disapu. Sapukan sekitar mata dan mulut. Biarkan sehingga kering dan tanggalkannya secara perlaha-lahan sehingga terbentuknya seperti topeng basuh muka anda seperti biasa.
5. Air Kelapa Muda
Basuh muka anda dengan air kelapa muda. Jangan lapkannya dan biarkan ia kering sedikit dan cucikannya dengan air bersih.
Petua dan Tips : 5 Cara Hilangkan Parut Jerawat
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "5 Cara Hilangkan Parut Jerawat"
Post a Comment