Petua dan Tips : 5 Cara Tegangkan Kulit Wajah
Petua 1. Ambil sebiji timun dan hancurkannya dengan tepung ubi dengan yang secukupnya sehingga sebati (jangan terlau cair). Selepas itu bolehlah disapu di muka dan biarkan ia kering. Basuhlah seperti biasa selepas itu dengan air bersih. Ini akan menegangkan kulit muka dan menjadikannya segar sentiasa. InsyaAllah.
Petua 2. Titikkan beberapa air limau nipis ke dalam bedak sejuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Muka anda berasa pedih sedikit ketika meletakkannya. Cuba amalkan petua ini dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Petua 3. Buka mulut anda besar-besar, keluarkan lidah serta buka mata anda sebesar yang boleh. Tahan dalam 15 saat. Senaman muka ini elok dibuat pada waktu pagi. ia sangat bagus dalam menegangkan kulit muka anda.
Petua 4. Banyakkan senyuman pada wajah anda dan elakkan bermasam muka. Muka yang masam manjadikan kulit muka anda lebih cepat berkedut.
Petua 5. Boleh gunakan putih telur. Asingkan putih telur dari kuning telur dan sapukan pada muka. Selepas 5-10 minit, basuh muka anda dengan air bersih.
Petua dan Tips : 5 Cara Tegangkan Kulit Wajah
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
very good sharing
ReplyDelete