Petua dan Tips : 3 Cara Merawat Keputihan
Sebelum ini penulis ada berkongsi satu petua dengan tajuk Petua Mehilangkan Keputihan, yang mana petua tersebut senang di amalkan. Rujuk di sini. Admin terjumpa 3 lagi cara merawat masalah keputihan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Cara 1 :
1. Tanak nasi sehingga hangus.
2. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus.
3. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum.
4. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.
Cara 2 :
1. Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air.
2. Tapiskan.
3. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.
Cara : 3
1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Selamat beramal..
Petua dan Tips : 3 Cara Merawat Keputihan
About Cari Petua
Blog yang mengumpulkan bermacam-macam petua / tips berguna untuk pengunjung semua. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan petua terkini Cari Petua / Tips
0 Response to "3 Cara Merawat Keputihan"
Post a Comment